Kampungku ....Kampung Tebakang Melayu!!!!
Kampung Tebakang Melayu terletak kira-kira 16 KM dari Bandar Serian dan 81 KM dari Bandar raya Kuching. Kampung Tebakang Melayu ini di bawah kawasan Tebakang yang di ketuai oleh Penghulu Ahmad Hj. Han manakala Ketua Kaum Kampung Melayu Tebakang ialah Encik Hanafi Bin Bani.
Terdapat lebih kurang 194 buah rumah telah dibina di kampung ini dengan jumlah penduduknya seramai 1132 orang. (Sumber...)
Jambatan lama yang masih dikekalkan.....sebagai mercu tanda kampung Melayu Tebakang.
Sungai Kayan yang menjadi pilihan pemancing mahupun penyelam tempatan atau luar untuk mencari pelbagai jenis ikan air tawar dan udang galah.
Anak muda kampung bermain hadrah....muzik paluan seperti kompang
Selain itu, kampung ini juga berhampiran dengan tempat-tempat yang menarik di Daerah Serian yang mempunyai pelbagai keunikannya yang tersendiri.
Daerah Serian adalah terletak 68km daripada bandar raya Kuching. Ia adalah merupakan pekan persinggahan sebelum memulakan perjalanan ke daerah di negeri Sarawak. Ada beberapa tempat menarik di Serian seperti tempat perkelahan Ranchan Pool dan juga Taman Danu, mereka yang berminat boleh membawa keluarga berkelah sambil menikmati kesejukan air gunung yang mengalir di celah batu yang besar.
Serian adalah pintu masuk ke negara jiran Indonesia melalui Pos Imigresen di Tebedu kira-kira 30 minit perjalanan dengan kereta dari bandar Serian. Bandar Indonesia bersempadan dengan Tabedu ialah Entikong.Tabedu pernah menjadi tumpuan pelancong tempatan dan Semenanjung Malaysia suatu ketika dulu kerana terdapat barangan jualan yang menarik yang agak murah dijual di sempadan negara jiran berkenaan. Kini tarikan jualan barangan sedemikian telah berpindah ke Serikin dalam daerah Bau, Kuching di mana peniaga-peniaga negara jiran membawa barangan jualan mereka.
Serian juga terkenal dengan buah duriannya. Udang galah juga mudah diperolehi di sini dengan harga yang berpatutan. Udang galahnya memang sedap dan segar kerana dibekalkan oleh nelayan sungai kampung-kampung di sepanjang Batang Sadong (Sungai Sadong).
Batang Sadong juga terdapat ombak gadang yang dipanggil benak tetapi tidaklah sebesar yang terdapat di Batang Lupar, Sri Aman.Benak ini boleh dilihat jika pergi ke Gedong yang terletak kira-kira 27km dari Bandar Serian.
Majoriti penduduk serian berketurunan Bidayuh diikuti Cina, Iban, Melayu dan lain-lain etnik. Kegiatan ekonomi utama nerupakan pertanian (pekebun kecil) dan penternakan. Tiada kawasan khusus perindustrian dan kebanyakan anak muda daerah ini bekerja di bandar-bandar utama negeri dan di Semenanjung Malaysia, terutama negeri Selangor dan Johor. (sumber...)
No comments:
Post a Comment